KELAS MENGAJI QURAN

KENAPA ANDA PERLU PILIH ILUVQURAN SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN AL-QURAN ANDA?

Visi iLuvQuran adalah untuk menjadikan generasi baru yang cintakan Quran, mampu menghafal Quran dengan baik  dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Sejak tahun 2013 beroperasi, iLuvQuran secara konsisten menyediakan program-program ke arah melahirkan ummah yang memahami, membaca, dan menghafal isi kandungan al-Quran dengan aktiviti-aktiviti yang menarik mengikut kesesuaian peringkat umur.

Pendaftaran dibuka kepada semua peringkat umur, termasuk kategori kanak-kanak yang berumur 2 tahun hingga kategori dewasa.

Kami juga menyediakan servis mengaji datang ke rumah untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa di kawasan Kuala Lumpur Selangor dan Putrajaya.

Sehingga hari ini, iLuvQuran sudah 3 tahun berpengalaman dalam bidang home tutor mengaji.

KELAS MENGAJI

  • Kaedah pembelajaran interaktif dan menarik yang di reka khas untuk mengekalkan kefahaman pelajar. mengikut kesesuaian umur pelajar
  • Teknik pembelajaran terkini di mana pelajar akan membaca Al-Quran dengan pergerakan tangan(tunjuk maksud ayat dibaca)
  • Pelajar juga akan dipantau melalui buku catatan harian untuk lebih menarik fokus dan menarik minat membaca Al-Quran.
  • Jadual yang fleksible untuk memupuk minat membaca Al-Quran secara tertib.
  • Laporan pembelajaran dan pengajaran setiap minggu terus kepada ibu bapa dan penjaga

JENIS KELAS

Quranic Babies (2-3 Tahun)

Apa yang menarik dalam  kelas ini adalah, kehadiran dan sokongan dari ibu. Anak-anak, tidak dipaksa untuk membaca melalui mushaf tetapi lebih kepada pendedahan makna surah yang akan dihafal melalui interaksi yang menyeronokkan bersama rakan sekelas, ibu dan tenaga pengajar.

Pendedahan awal ayat dan surah dalam Al-Quran mengikut keupayaan anak-anak. Fokus kelas ini adalah pada aktiviti yang merangsang tumbesaran anak-anak yang dalam masa sama, mereka mampu menghafal beberapa ayat atau surah pendek dari Al-Quran (20% hafal,80% aktiviti)

Quranic Beginners (3-4 Tahun)

Dalam kelas ini, pelajar akan diperkenalkan dengan huruf dalam Al-Quran melalui flash kad dan aktiviti yang menarik sesuai dengan umur mereka.

Selain itu, mereka juga akan diperkenalkan dengan kalimah arab yang ringkas. Pelajar juga akan menghafal surah lazim berserta pemahaman ringkas tentang Surah berkenaan. Fokus kelas ini pada pengenalan aktiviti beserta pengenalan asas mengaji, selain itu, mereka akan menghafal beberapa surah.

Quranic Seedlings (5-8 Tahun)

Pelajar di dalam kelas ini akan belajar Al-Quran secara interaktif  melalui aktiviti yang menarik seperti eksperimen sains, “art and craft ” dan aktiviti-aktiviti lain. Aktiviti ini merupakan salah satu cara memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan surah yang dipelajari dan dihafal.

Untuk kelas mengaji, mereka akan dikenalkan dengan huruf dan perkataan di dalam Quran dan Tajwid ringkas. Untuk hafalan Quran, pelajar akan menghafal surah lazim beserta kefahaman surah melalui pengulangan bacaan dari Tenaga Pengajar.

Banyak yang akan mereka belajar dalam kelas ini dalam masa sama, mereka akan seronok dengan aktiviti yang berkaitan tanpa sedar, mereka telah belajar dan hafal beberapa surah.

Junior Al-Hafiz (7-12 Tahun)

Kelas untuk umur 7-12 tahun, mereka akan lebih fokus kepada hafalan namun pengajian Al-Quran seperti tahsin bacaan diteruskan sepanjang kelas dan buat pelajar yang masih belum lancar dari segi bacaan, fokus pengajian akan lebih tertumpu pada bahagian mengaji Al-Quran.

Aktiviti yang menarik juga menanti pelajar-pelajar ini dengan aktiviti yang lebih mencabar dan menarik mengikut kesesuaian dan potensi pelajar.

Personal Coaching(Terbuka kepada semua)

Untuk Kategori ini, terbuka kepada semua peringkat umur. Tenaga pengajar akan datang ke rumah pelajar atau Pelajar akan datang ke Pusat pengajian iLuvQuran di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut:

Boleh terus ke pautan ini untuk butiran yang lebih terperinci
https://iluvquran.com/programmes/classes/

Share Now

Faris Jazli

More Posts By Faris Jazli

Related Post

Leave us a reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.