Tips Anak Suka Mengaji Al-Quran

February 07, 2023

Tips Anak Suka Mengaji Al-Quran

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu juga dalam mengajar Al-Quran kepada anak kita di usia muda. Pada peringkat kanak-kanak, mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa. Maka wajar bagi seorang ibu atau ayah untuk mengetahui Tips Anak Suka Mengaji Al-Quran dalam memperkenalkan Al-Quran pada anak-anak.

 

Kepentingan Anak Perlu Mengaji Al-Quran

Asas Sebagai Seorang Muslim

Seperti di dalam hadith, keutamaan solat telah pun ditekankan seawal umur 7 tahun dan dalam rukun solat sudah semestinya ada bacaan Al-fatihah. Walaupun Al-fatihah boleh dihafal tanpa perlu kemahiran membaca, setiap ibu bapa pasti teringin anak yang mampu membaca Al-Quran.

Pada peringkat ini, ibu bapa dapat membantu memperkenalkan huruf-huruf quran melalui lagu-lagu, permainan dan buku-buku. Biasakan mereka dengan Al-Quran supaya mereka yakin membaca Quran itu mudah dan boleh difahami.

Potensi Kanak-Kanak

Peringkat umur kanak-kanak, adalah peringkat yang penting untuk merangsang dan meningkatkan potensi otak dan minda mereka dengan mengajarkan kemahiran-kemahiran asas yang baru.

Jangan pandang rendah pada kemampuan mereka, ingatan mereka umpama span yang mampu menyerap dengan pantas.Oleh itu, guna masa bermain mereka  sebaiknya untuk membiasakan anak dengan Al-Quran.

7 Tips Menarik Anak Suka Mengaji Al-Quran :

Tips Anak Suka Mengaji Al-Quran

 

1. Bahan Bantu Mengajar

seawal usia seperti melalui flashcard, puzzle, lagu, video atau iqra’.  Didiklah anak mengikut kemampuan mereka. Jangan terlalu memaksa. Perkenalkan dengan silibus mengaji yang mudah .

Gunakan bahan bantu dalam bentuk buku, flashcard, video, permainan dalam talian dan macam-macam lagi. Selain itu, antara silibus yang terbaik adalah iqra’.

Susunan isi kandungan bagi setiap tahap iqra’ sangat mudah untuk diikuti oleh anak kecil dengan susunan kemahiran sesuai mengikut aras-aras tertentu. Di iLuvQuran, kami gunakan eportal untuk memudahkan pembelajaran Al-Quran, boleh rujuk sini.

 

2. Kelengkapan belajar

Setiap anak pasti akan berasa teruja dengan iqra baru, rehal baru, penunjuk baru yang tidak berkongsi dengan adik beradik yang lain. Boleh dapatkan pandangan mereka, rehal mana yang disukai, penunjuk apa yang mereka suka.

Cuba raikan setiap pencapaian mereka dengan hadiah seperti Al-Quran baru selepas habis Iqra 6. Anak-anak yang sudah masuk ke Al-Quran boleh diberikan Al-Quran per juz untuk memotivasikan mereka menghabiskan setiap juz yang ada.

 

3. Pelbagaikan Aktiviti Pembelajaran.

Dunia kanak-kanak penug keseronokan dan imiginasi yang luas. Usha terikat pembelajaran yang duduk dan satu hala sahaja. Anak-anak lebih mudah menyerap kefahaman dengan aktiviti bermainan. Tempoh waktu anak mampu fokus adalah sangat singkat. Oleh itu,

Aktiviti bermain, bernyanyi mahupun bercerita tentang kisah-kisah yang ada dalam al-Quran agar anak-anak  berasa seronok dan tidak bosan.

4. Beri Motivasi

Hadiah yang paling berharga untuk anak-anak adalah penghargaan dan pujian dari ibu bapa mereka. Setiap pujian, mampu menjadi pembakar semangat dan motivasi untuk anak belajar Al-Quran.

Selain dari kata-kata rangsangan, pujian atau pelukan kasih sayang sekiranya anak berjaya atas usaha mereka, ibu bapa dan guru juga boleh memberikan cop dan atau pelekat yang menarik setiap kali anak telah mencapai aras yang dipersetujui. Ganjaran ini boleh berubah mengikut kesesuaian umur anak-anak.

Selain itu, ceritakan ganjaran pahala mengaji Ajarkan kepada anak, kenapa perlu mengaji. Apa ganjaran yang akan diperoleh sekiranya kita selalu mengaji. Apakah kelebihan membaca surah tertentu dan ceritakan juga bacaan doa yang dipetik daripada ayat al-Quran bersama maksudnya sekali.

 

5. Jadual mengaji

Kebiasaan jadual anak-anak agak padat ketika musim persekolahan. Ditambah pula dengan kelas tambahan yang lain. Oleh itu, ibu bapa perlu wujudkan masa tertentu agar ada ruang untuk anak-anak belajar Kalamullah.

Waktu yang terbaik biasanya adalah selepas maghrib, sesuai dengan anak-anak sudah berada di rumah, dan ibu ayah sudah sampai ke rumah.

Pada permulaan jadual ini agak berat, namun apabila ia dijadikan rutin, anak-anak pun automatik akan terus ambil iqra’ atau al-Quran sejurus selepas solat tanpa perlu disuruh.

 

6. Kefahaman Tentang Surah

Antara acara untuk menarik minat anak adalah melalui jalan penceritaan. Mereka suka penceritaan yang santai, bersahaja, dan menarik.

Di dalam Al-Quran, anyak kisah menarik yang boleh diceritakan kepada anak-anak. Mulakan sahaja dengan surah-surah lazim. Kenalkan peristiwa dan cerita penting bagi setiap surah agar anak-anak tahu dan faham maksud setiap surah lazim yang mereka hafal. Sebagai contoh boleh lihat di sini

 

7. Contoh Terdekat

Setiap tingkah laku dan gerak geri kita akan diperhatikan oleh anak-anak kita. Cara yang paling ampuh untuk menyuruh anak mengaji setiap hari bermula pada diri kita.  Tidak seharusnya yang menyuruh mengaji, tapi culas dalam bacaan Al-Quran?

Tunjukkan contoh yang terbaik, mengaji bersama mereka, luangkan masa bersama ketika mengaji Al-Mulk setiap malam sebelum tidur,  ataupun bacaan Al-Kahfi pada hari jumaat. Semoga tiap detik anak-anak membesar di berkati dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Ingat, anak-anak kecil won’t follow your orders. They imitate you.

Sebagai rumusan, tanamkan dalam diri anak terlebih dahulu bahawa al-Quran itu sesuatu yang sangat istimewa kerana terdapat panduan yang lengkap untuk menjadi insan yang dirahmati serta mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Dengan demikian, diharap anak-anak lebih bersemangat untuk mempelajari al-Quran yang mulia ini. Anda juga boleh hadiahkan anak dengan kelas Al-Quran yang menarik di iLuvQuran 

 

Leave a reply
Tips Mula Mengaji Al-QuranKelas Mengaji Al-Quran Kuala Lumpur

Leave Your Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Calendar
October 2024
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Pages
Recent Posts
Tag Cloud
Text

Nulla sapien lectus consectetur sit amet justo in malesuada bibendum sapien Praesent viverra.

Message
1
Assalamualaikum,
How can we help you?