Mengaji Dahulu Vs Mengaji Sekarang sudah pasti akan berbeza dengan adanya kelebihan teknologi, teknik, silibus yang lebih efektif. Oleh itu, perlu kita syukuri, diberi peluang untuk memahami dan belajar Al-Quran. Jom ikuti cerita pendek di bawah:
“Bawa jehame je, bukan Quran,” kata mak pada hari pertama mengaji.
“Jehame tu apa? Tak sama dengan Quran?”
“Budak-budak kena baca jehame dulu, dah pandai nanti, baru baca Quran.”
Di tahun-tahun 70-an, kami masih membaca gaya mengeja penuh dan berlagu.
“Alif atas a, Alif bawah i, Alif depan u. A, I, U.”
“Alif dua atas an, Alif dua bawah in, Aliff dua depan un. An, In, Un.”
Aku bersama tiga sepupu lain berjalan kaki sahaja ke rumah makcik mengaji. Umur kami sekitar 7 tahun. Pada waktu itu, halangan utama untuk masuk ke ‘kelas’ ialah beberapa ekor itik angsa peliharaan makcik. Imah, Nuar, Wan akan sama-sama mengundur kalau angsa sudah bersiap siaga di hadapan pagar.
“Tak payah mengajilah hari ni. Angsa ni tak bagi masuk.” Nuar membuat keputusan bagi pihak adik-adiknya.
“Nanti mak marahlah. Tunggu kejap sementara angsa-angsa tu pergi ke tempat lain,” balas Imah pula.
Kami menyorok di hadapan kebun makcik. Enam ekor angsa masih menunjukkan kuasanya. Panjang-panjang leher mereka, ke hulu hilir dalam percubaan untuk menyudu kami.
“Shoooh, shooh, shooohhh…..”
“Ha, masuk le, angsa dah tak ada. Apa yang takut kat angsa? Dia tak gigit orang.”
“Tapi dia sudu-sudu kitalah makcik. Bunyi pun kuat. Sakit telinga.”
“Alaaahhh… angsa je. Bukan harimau. Angsa tak makan orang. Kome lari je laju-laju. Nak ngaji, nak pandai kena berani. Kalau kamu kena sudu, tak sakit dan tak berdarah. Azamkan dalam hati kome, biarlah kena sudu dengan angsa, biarlah apa pun, nak jadi manusia pandai, mesti mengaji.”
“Ha, buka jehame masing-masing. Baca kuat-kuat. Jangan perlahan sangat, makcik tak dengar. Suara tu keluarkan, jangan simpan. Inilah masanya untuk jadi berani. Tajwid ni, mesti baca kuat-kuat. Sebutan kena betul. Kalau silap sebut, makna jadi lain.”
Makcik sentiasa ulang nasihat yang sama hingga kami sudah hafal setiap patah perkataannya.
Aku, Imah, Nuar dan Wan berlumba-lumba membaca dengan lontaran suara paling tinggi. Kelas dimulai dengan a, i, u, an, in, un bersambung pula dengan bacaan surah-surah pendek.
Tiada siapa faham makna bacaan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Pada usia tersebut, mengaji ialah sekadar membaca dengan kuat. Dan kami tidak bertanya apa makna surah dan apa inti pati nasihat makcik.
30 tahun kemudian, jehama menjadi Iqra’. Anak-anak tidak lagi mengeja dengan panjang. Iqra’ dilabel mengikut nombor satu hingga enam. Mengaji menjadi semakin mudah dengan adanya sekolah KAFA dan guru-guru yang berpengalaman. Berbagai-bagai teknik mengaji diperkenalkan supaya proses memahami Al-Quran menjadi lebih seronok dan menarik minat kanak-kanak.
“How lucky. Only seven but you already understand the meaning of Surah Al-Ikhlas. When I was your age, there’s no way I can comprehend what the surah is saying. This surah has only 4 ayat to memorize. Remember to sound the qalqalah at the end of each ayat.”
“Ingat lagi cara mudah nak kenal huruf-huruf qalqalah?”
“Baju dah kotor!”
“Excellent, dear. Ba, Ja, Da, Qaf. These are the qalqalah sounds.”
Hajar anak murid Iqra’ ku bersungguh-sungguh menghafal ‘baju dah kotor’.
Alangkah bertuahnya Hajar kerana dapat mengaji dengan selesa dan bermakna. Sudah tentu Hajar tidak pernah mengenal haiwan bernama angsa yang pernah mengancam cikgunya ini puluhan tahun dahulu.
Iqra’. Nak pandai, mesti mengaji. Bacalah Al-Quran, Hajar. Al-Quran penyuluh hidup Hajar, dunia dan akhirat.
masih tercari kelas Quran yang lain dari yang lain? tekan link di sini
**
Nota: ‘Jehame’ ialah slanga negeri Perak. Sebutan standard ialah Juz Amma.
Writer Mengaji Dahulu Vs Mengaji Sekarang: Saziyan Ayeop has been sharing her skills and experiences at iLuvQuran since 2022.
All comments (6)
Fauziah Hanim Mohamed Salim
Best!
ReplyMashitoh bt Abdullah
Pengalaman berharga yg tak ternilai. Good job, mengimbau memories.
ReplyJuana
Jehame......lama dah tak dengar perkataan tu. Mengaji beramai-ramai riuh sekali. Thank you Saziyan for sharing the memories.
ReplyHajar tasliyah
I love you teacher yan... hajar dah juz 4 teacher..hajar akan ingat huruf qalqalah ada 4 hehehhe baju dah kotor...😊
ReplyA'isyah Azhar
Wahh memori mahal ni. Klu dlm cerita ni takut kena sudu dgn angsa. Tp pengalaman sy, takut nak g ngaji sbb kena lintas pokok besar […] Read MoreWahh memori mahal ni. Klu dlm cerita ni takut kena sudu dgn angsa. Tp pengalaman sy, takut nak g ngaji sbb kena lintas pokok besar sblm sampai rumah ustajah. Tgk bayang2 pokok pun seram dah 😂 Read Less
ReplyHaziq
Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda tentang kelebihan menghayati Al-Quran serta Quran Time terbaik untuk membaca Al-Quran.
Reply