BAGAIMANA NAK HIDUPKAN RAMADAN DALAM DIRI ANAK-ANAK?
Tau tak, Bulan Ramadan ini bukan sekadar mewajibkan orang Islam untuk menahan lapar dan dahaga selama tempoh tertentu sahaja.Tapi sebagai ibu bapa, kita mestilah bantu anak-anak untuk mengenali dan hidupkan bulan istimewa ini dengan lebih baik. Tambahan pula, berpuasa di bulan Ramadan adalah salah satu daripada rukun islam.
“Untuk memperkenalkan kepentingan berpuasa dan pentingnya Ramadan kepada kanak-kanak adalah tugas yang agak mencabar namun salah satu langkah permulaan yang baik untuk mendidik dan mendisiplinkan anak-anak”
Namun perlu diingatkan, anak-anak kecil khususnya yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa. Hal ini kerana, anak-anak perlukan nutrisi yang baik untuk tumbesaran. Tapi, tak salah sekiranya anak-anak teruja untuk berpuasa. Jom iLuvQuran kongsi tips agar anak-anak kita jatuh cinta dengan Ramadan.
- KONGSI CERITA TENTANG RAMADAN
- Boleh buat aktiviti yang berkaitan tentang Ramadan.(di kelas iLuvQuran kami buat aktiviti ini)
- Aktiviti mewarna, aktiviti ‘word search’ Ramadan, ‘tracing’ perkataan Ramadan atau masjid.
- Baca buku yang berkaitan tengan Ramadan dan kelebihan bulan istimewa ini.
- Menonton video atau cerita yang berkaitan Ramadan (Omar & Hana)
- Buat Art & Kraf berkaitan dengan Ramadan ( Sebagai contoh : Happy Quran Kits)
- Boleh dapatkan ebook Ramadan di Telegram Quranic_Parenting
2. BERSEDIA UNTUK MENYAMBUT BULAN RAMADAN
- Sediakan anak-anak telekung, kopiah atau songkok
- Sediakan sejadah kanak-kanak yang comel (Boleh biar anak pilih sendiri untuk buat anak-anak lebih teruja)
- Sediakan Quran kecil, muqaddam atau Alif Ba Ta atau Poster Surah (Sebagai contoh : Flip Surah Poster)
- Ajak anak-anak ke masjid dan ikuti program yang bantu pengisian rohani anak. (Rujuk page iLuvQuran untuk program-program menarik)
3.SEDIAKAN JADUAL RAMADAN
- Anak-anak sangat sukakan ganjaran. Bantu sediakan jadual Ramadan untuk mereka tandakan sekiranya mereka berjaya puasa penuh, separuh hari atau berbuat kebaikan pada bulan Ramadan ( Contohnya : Ramadan Chart )
- Boleh juga DIY Ramadan list-to-do agar anak-anak masih semangat untuk berbuat kebaikan pada bulan Ramadan (Ceritakan tentang ganjaran yang akan diterima jika berbuat baik dalam bulan Ramadan)
4.SEDIAKAN MAKANAN YANG PADAT NUTRISI
- Sekiranya anak-anak bersemangat untuk berpuasa walaupun masih kecil, sediakan makanan sahur yang padat nutrisi, protein dan khasiat yang secukupnya.
- Boleh juga beri peluang untuk anak-anak berpuasa ikut jam ( Mulakan dengan dari sahur sehingga waktu dhuha, sahur sehingga zohor dan seterusnya)
- Jangan paksa anak untuk terus berpuasa penuh sepanjang hari bimbang anak-anak lesu dan tidak mendapat nutrisi yang baik dan mencukupi untuk tumbesaran.
5. BERI GALAKAN DAN TIDAK MENGHUKUM
- Sentiasa beri semangat dan puji anak-anak yang cuba untuk puasa.
- Jangan sesekali ejek anak-anak atau gelakkan mereka sekiranya mereka tidak berpuasa penuh. Ini bimbang akan buat mereka tidak semangat dan sedih.
- Ajar anak-anak agar tidak mengejek kawan-kawan di sekolah juga menghormati orang yang berpuasa.
Diharapkan agar ibu ayah terus memberikan sokongan dan galakan yang berterusan melalui beberapa kaedah yang dicadangkan atau mengikut kaedah yang paling sesuai untuk anak masing-masing.
Semoga dengan tips Hidupkan Ramadan Anak-Anak ini akan membantu kanak-kanak melihat ibadah berpuasa sebagai perkara yang positif bukannya seperti latihan yang tegas dan membebankan.
Leave Your Reply