Ajar Mengaji di Rumah

December 22, 2022

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, baik dalam kehidupan di dunia mahupun yang akan datang. Oleh itu, anak-anak Ummi dan Abi perlulah mendapatkan pengajian Quran yang baik untuk mereka! Jika Ummi dan Abi sedang mencari kelas yang boleh ajar anak-anak mengaji di rumah pun bagus juga.

Membiarkan anak mempelajari al-Quran pada usia ini akan membantu mereka membina lebih banyak minat dalam mempelajari agama Islam. Namun, jika Ummi dan Abi mahukan guru yang bertauliah untuk ajar anak-anak mengaji di rumah, kami di iLuvQuran juga turut menawarkan kelas online tersebut!

Kami amat mengesyorkan anak-anak anda menyertai kelas-kelas yang ditawarkan oleh iLuvQuran, kerana kami mempunyai tenaga pengajar yang bertauliah dengan cara pembelajaran yang menarik dan berkesan.

Proses Kelas Ajar Mengaji di Rumah | iLuvQuran

Kelas ajar mengaji di rumah yang kami tawarkan ini adalah terhad ya! Untuk kelas-kelas mengaji di rumah ini juga, kami tidak hanya menyediakan servis kelas secara online sahaja. Terdapat beberapa produk iLuvQuran seperti Happy Quran Kit, yang boleh Ummi dan Abi dapatkan terlebih dahulu untuk membantu proses pembelajaran berlangsung.

Di bawah pula merupakan beberapa alat bantuan mengajar yang turut kami sediakan, untuk rujukan Ummi dan Abi:

1. Quranic Discovery Class (QDC)

Bagi QDC, anak-anak akan belajar secara online bersama ustaz atau ustazah dan boleh memilih untuk sesi yang diinginkan, iaitu 1 sesi atau 2 sesi dalam seminggu. Kelas ini dibuka kepada kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 12 tahun dan setiap sesi kelas yang diadakan adalah berdurasi 30 minit.

Para ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka ke kelas ini, anda disarankan untuk berdaftar dengan kadar segera kerana tempat adalah terhad. Bagi sebarang maklumat lanjut tentang QDC, Ummi dan Abi boleh klik di sini.

2. Happy Quran Kit (HQK)

HQK adalah kit DIY dengan pilihan 3 surah. Aktiviti ini boleh dilakukan oleh anak-anak di rumah, bersama ibu bapa untuk kefahaman yang lebih baik tentang surah tersebut. Ia mempunyai 7 variasi berbeza iaitu Eidul Fitri & Ramadhan, Eidul Fitri & Zul Hijjah, Ramadhan & Zulhijjah, Eidul Fitri, Ramadhan, Special Fluffy Sheep and Happy Quran Kit Combo.

Kesemua variasi produk Happy Quran Kit ini amat membantu kefahaman anak-anak anda tentang surah-surah lazim. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk ini, anda boleh klik di sini.

Dengan servis dan produk yang kami tawarkan, inshaAllah anak-anak Ummi dan Abi pasti akan berasa gembira dan seronok belajar mengaji di rumah bersama ibu bapa mereka!

Kehadiran Ummi dan Abi Dalam Kelas Mengaji Anak-anak | Ajar Mengaji di Rumah

Ummi dan Abi tidak perlu bimbang, kerana para ibu bapa turut dialu-alukan untuk menyertai sesi ajar mengaji di rumah secara online tersebut. Hal ini kerana, ibu bapa digalakkan untuk membantu anak-anak terutamanya yang berusia 7 tahun ke bawah untuk mana-mana sesi kelas secara online yang dipilih.

Ingin Mendaftar Kelas Mengaji Quran Bersama Kami?

ajar mengaji di rumah

Jika Ummi dan Abi perlukan maklumat lanjut berkaitan kelas ajar mengaji di rumah daripada kami, boleh klik di sini. Ummi dan Abi juga boleh layari laman instagram iLuvQuran untuk memperoleh updates terkini.

Itu sahaja buat masa ini daripada Teacher! Semoga Ummi dan Abi mendapat sedikit pencerahan daripada perkongsian kami pada kali ini. Untuk mendapatkan lebih banyak perkongsian menarik, Ummi dan Abi boleh kujungi Stories iLuvQuran.

Leave a reply
Kelas Mengaji Quran MalaysiaKelas Mengaji Online Kanak-Kanak

Leave Your Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most commented – Fable
Recent post – Fable
Calendar
April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
Pages
Recent Comments
    Recent Posts
    Tag Cloud
    Text

    Nulla sapien lectus consectetur sit amet justo in malesuada bibendum sapien Praesent viverra.

    Message
    1
    Assalamualaikum,
    How can we help you?