Kelas Mengaji Online Kanak-Kanak
Kelas mengaji online menjadi salah satu alternatif yang terbukti berkesan dan menyerlah selepas pandemik covid 19 kerana memudahkan dari sudut jarak, masa dan komitmen.
Ibu bapa mungkin akan berasa risau untuk melepaskan anak mengaji pada malam hari.
Atau mungkin ibu bapa tidak sempat bekejar menghantar anak ke kelas mengaji kerana tersangkut dalam kesesakan lalu lintas
Ada juga anak-anak yang terlalu padat jadual kelas tambahan selepas sekolah yang menyukarkan untuk belajar Quran
Namun saya yakin, di saat anda membaca artikel ini, anda cuba sedaya upaya untuk mencari cara terbaik, mencari ruang dan masa yang terluang untuk belajar mengaji Quran.
Semoga Allah melapangkan masa kita, memberkati usaha kita dalam mencari kelas terbaik untuk anak-anak dengan kelas al-Quran. Semoga anak-anak kita menjadi sebaik manusia seperti dalam hadith nabi:
Maksudnya: “Sebaik–baik kamu adalah orang mempelajari al–Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari (5027)].
Usah risau ibu ayah sekalian, anda berada di tempat yang betul. Kelas al-Quran di iLuvQuran bersama guru yang mahir, silibus yang tersusun, anak anda boleh mempelajari dan menambah baik bacaan di samping melancarkan lidah untuk mengungkap kalimah-kalimah suci milik Allah.
Lebih lanjut tentang kelas mengaji online kanak-kanak di sini
Kenapa perlu Mengaji Online

Pelajar mengaji IQRA’ menggunakan apps online.iluvquran.com
Kelas Online lebih interaktif
Dengan guru yang berpengalaman, silibus yang tersusun, Latihan yang berkala, kelas iLuvQuran sentiasa mendapat tempat di hati pelajar-pelajar terutama dalam kalangan kanak-kanak
Kelas yang Fleksibel
Kelas Online menjadikan anda kurang pening dalam mencari masa sesuai untuk kelas anak-anak.
Setiap kelas dan masa, boleh dibincangkan kesesuaian masa dengan guru kelas tanpa perlu kalut menghantar anak ke pusat mengaji, cukup dengan internet dan telefon pintar untuk kelas
Mesra Dompet
Bukan sahaja ibu bapa sudah jimat masa dalam mencari kelas yang sesuai, tapi ibu bapa juga dapat menjimatkan kos minyak.
semuanya dapat dipantau hanya di rumah, tanpa perlu masa tambahan untuk menghantar dan menjemput.
Kelas Mengaji Online Bersama iLuvQuran
Dunia yang pesat membangun melahirkan teknologi yang canggih sehinggakan anak-anak sentiasa tertarik dengan gajet, ‘games’ dan media sosial. Menjadi kesukaran bagi ibu bapa ketika cuba menarik minat anak-anak kepada perkara selain dari gadjet. Kanak-kanak secara tak langsung terperangkap dalam dunia telefon pintar dan tanpa sedar mereka ketagih dengan penggunaan alat tersebut.
Oleh itu, kelas mengaji online di iLuvQuran membawakan pendekatan yang berbeza dan pelbagai dalam usaha menarik minat anak-anak kepada Quran.
Sebagai salah satu pusat Pendidikan Quran kanak-kanak yang mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun dalam bidang ini dan bersama dengan beberapa pakar dalam bidang pendidikan , kami mengambil pendekatan yang pelbagai dan integrasi teknologi dalam menarik minat anak kepada Quran.
Mungkin ibu bapa tertanya bagaimana pendekatan kami dapat menarik minat anak dalam kelas Quran?
Usah bertanya lagi, Ibu bapa boleh mencuba dengan mendaftarkan anak ke dalam kelas mengaji online bersama kami di iLuvQuran
Kenapa anda perlu memilih kami dalam membimbing anak anda dalam bidang Quran?
- iLuvQuran menyediakan kelas Quran dari seawal 3 tahun hingga dewasa
- tenaga pengajar yang berpengalaman dan terlatih
- semua guru yang mengajar bahagian hafazan merupakan hafiz dan hafizah
- Silibus khas untuk kefahaman Quran untuk kanak-kanak
- Telah membantu lebih 2000 pelajar secara dalam talian atau kelas di pusat iLuvQuran
- Bonus: e-portal untuk bahan bantu mengajar dan puluhan games berkaitan surah
Besar matlamat kami dalam membawa landskap Pendidikan Quran yang baru terutama kepada kanak-kanak agar dihayati setiap pembelajaran dan diamalkan dalam kehidupan agar menjadi akhlak seindah akhlak nabi Muhammad S.A.W
iLuvQuran berbesar hati menjadi sebahagian tenaga dalam membantu Ibu Bapa dalam menjadikan Pendidikan Quran yang terkini, mudah dan cepat.
iLuvQuran sentiasa bersedia dalam membantu dan mencuba sedaya upaya dalam menjadi antara kelas Quran yang terbaik untuk anak anda.Usah bimbang, sepanjang kelas, anak anda akan dibimbing dengan baik bersama ustaz dan ustazah yang berpengalaman dan mesra kanak-kanak.
Jika anda berminat untuk menghantar anak ke pusat pendidikan Quran iLuvQuran, boleh layari di sini
All comments (1)
julia
info mengaji utk kanak-kanak. belajar iqra'. nak kelas 6 hari seminggu walaupun 10minit sehari
Reply