Tips Khatam Al-Quran Ketika Ramadan
Bulan Ramadhan, merupakan bulan yang terbaik untuk kita mengubah sikap kepada lebih baik. Ada yang cuba berhenti rokok dengan kehadiran bulan puasa, ada juga yang cuba untuk mengawal pemakanan kepada yang lebih baik dan antara paling popular adalah melazimi bacaan Quran sehingga khatam dalam tempoh sebulan Ramadan. Artikel Tips Khatam Al-Quran Ramadan ditulis khas untuk anda.
Alhamdulillah, anda membaca artikel ini kerana anda antara golongan yang berusaha memperbaiki diri dan menambah amal terutama dalam Ramadan. Tidak dapat dinafikan dalam usaha kita untuk menghabiskan bacaan Quran, kadangkala tersasar disebabkan beberapa kekangan seperti penat bekerja, uruskan anak-anak, dan kesibukan lain yang tidak terjangka.
Perlu kita ingat, antara ganjaran yang besar dalam bacaan Quran ini adalah pada setiap hurufnya.“Siapa yang membaca satu huruf Alquran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf, dan Mim satu huruf.”(HR. Tirmidzi)
Maka, kami berbesar hati dapat berkongsi dengan anda, tips yang menarik untuk kita amalkan agar objektif khatam Quran dalam bulan ramadan kali ni. Semoga dengan Tips Khatam Al-Quran Ramadan ini dapat membantu anda mencapai matlamat
#1 Perbaiki niat kita
Niat merupakan perkara yang paling penting dalam setiap perbuatan kita samada dikira ibadah atau sekadar perbuatan biasa.
Semestinya dengan membaca Quran, kita meletakkan niat perbuatan kita sebagai bentuk ibadah ketaatan.
Namun, apa yang membezakannya adalah sejauh mana niat kita bersungguh-sungguh dalam menggapai redha Ilahi.
Adakah niat kita lebih kepada kuantiti bacaan yang banyak atau lebih kepada kualiti bacaan Quran kita. Tiada salah dalam memilih salah satu daripadanya atau pilih keduanya. Paling penting adalah sejauh mana kita mendapat manafaat dari bacaan tersebut, sejauh mana dengan bacaan Quran dapat mendekatkan kita pada Pencipta, dengan tadabur lebih buatkan bersyukur dengan apa yang kita ada.
Tekan sini untuk baiki bacaan Al-Quran anda sekarang.
#2 Objektif yang sesuai
Objektif yang jelas akan membuahkan tindakan yang jitu. Setiap sasaran yang diletakkan mestilah sesuai dengan kemampuan diri agar tidak membebankan atau terlalu mudah dicapai sehingga mengurangkan motivasi untuk mencapai objektif itu.
Kita boleh meletakkan apa jua objektif yang kita inginkan selagi mana masih boleh dikira dan disusun sesuai dengan kemampuan kita khatam dalam tempoh sebulan. Luangkan masa untuk fokus menyusun jadual yang sesuai dengan waktu peribadi anda.
Setiap dari kita mempunyai cara yang berbeza dalam mengkhatamkan Quran dalam bulan Ramadan. Mungkin ada yang mampu habiskan sejuzuk dalam selepas subuh. Ada juga yang lebih selesa baca selepas setiap kali solat fardu. Ada yang suka baca bersama rakan dalam sesi tadarus. Masing-masing dengan cara yang sesuai dengan kemampuan peribadi, yang paling penting adalah sejauh mana kita konsisten dengan jadual yang disusun.
#3 Langkah pertama
Antara perkara yang paling sukar selepas perancangan adalah Tindakan. Tindakan yang paling berat adalah Langkah pertama. Selain dari jelas niat dan matlamat, langah pertama juga perlu dirancang dengan baik agar berjalan seperti yang diharapkan.
Tips yang sesuai dalam membaca Quran adalah dengan mulakan dengan mukasurat yang sedikit dahulu pada waktu yang pasti kita kosong pada waktu itu. Sebagai contoh, setiap hari, dalam selepas subuh, kita ada masa dalam 10 minit kosong sebelum bergerak ke pejabat, maka, luangkan masa tersebut dengan 1 mukasurat dahulu.Selain itu, Langkah pertama sebaiknya dibuat sebulan atau dua bulan awal dari bulan Ramadan. Kenapa? Anologi mudah, Lagi cepat kita masuk gear 1, lagi cepat kita bergerak kepada gear yang lebih tinggi pada bulan Ramadan, 30 Juz sebulan mungkin hanya boleh dihabiskan dalam separuh bulan!
Secara purata, bacaan sejuzuk Quran adalah dalam 40 minit. Jika kita target 1 juzuk sehari, hanya 40 minit sahaja diperlukan untuk menghabiskan bacaan. Jika sasaran lebih besar, sebagai contoh, 3 juzuk, maka anda perlu luangkan masa dalam 2 jam sepanjang 24 jam yang anda ada. Masa mengaji adalah bergantung kepada anda, buat pada waktu yang anda berehat menunggu berbuka, atau menunggu solat tarawih.
#4 Mudahkan
Apa yang mudah? Mudahkan capaian kita pada Al-Quran. Jika ada Quran saiz poket, boleh sentiasa bawa dalam poket. Boleh juga letak Quran di meja pejabat kita, ataupun di dashboard kereta atau pun lokasi yang selalu kita jarang akan terlepas pandang bila kita berada di situ.
Mungkin cara di atas, adalah cara 20 tahun lepas.Cara kini semuanya ada dihujung jari.
Seringkali tertinggal Al-Quran di rumah apabila ingin bertadarus? Jangan risau. Zaman sekarang sudah canggih dengan pelbagai teknologi yang boleh memudahkan urusan seharian kita. Kita boleh install aplikasi Al-Quran di telefon pintar. Selepas ini tiada alasan untuk tidak baca Al-Quran kerana telefon pintar sudah cukup memudahkan kita membaca Al-Quran, membaca maksud ayat, mendengar bacaan. InsyaAllah, jika kita mencari jalan, pasti mudah kan?
#5 Reward & Punishment
Konsistensi mestilah dilatih dan dengan baik supaya tercapai target kita sedikit demi sedikit. Namun, perancangan biasanya akan teruji dengan perkara diluar jangka yang mengubah jadual dan tabiat kita. Oleh itu, perlu ada satu cara dan system untuk membantu kita sentiasa on track.
Sistem yang dimaksudkan adalah dengan menjadi setiap perbuatan kita diringi dengan hadiah atau hukuman. Sebagai contoh, setiap target mukasurat yang dihabiskan akan mendapat duit rm5 untuk belanja di bazar. Jika tidak mencapai target yang ditetapkan, dilarang gunakan telefon pintar selagi tidak habiskan bacaan.
Selain itu, pada setiap kali kita hendak membaca Al-Quran, kita perlu dalam keadaan yang tenang, suasana yang aman dan damai agar dengan keadaan tersebut akan mendorong kita lebih mudah untuk membaca Al-Quran dan mengurangkan gangguan ketika waktu tersebut. Sebagai contoh, membaca Al-Quran di satu sudut di rumah atau surau dan meletakkan telefon pintar dalam mod senyap ketika membaca Al-Quran. Dengan cara ini juga, kita menjaga Adab kita dengan Al-Quran.
Akhir kata, semoga Tips Khatam Al-Quran Ramadan dapat menjadikan batu loncatan untuk kita konsisten membaca Al-Quran. Tiada istilah terlambat dalam kita nak mengaji Al-Quran. Jadikan peluang dan ruang ini untuk sama-sama kita tambah baik hubungan kita dengan Tuhan melalui KalamNya. Jika anda mencari kelas mengaji Al-Quran, boleh tekan sini
Leave Your Reply